Friday, February 24

Untuk Hati Yang Gundah..

Ya Rabb,



Bagaimana ingin dipujuk hati yang sedih & hiba? Bagaimana ingin diketepikan perasaan yang membelenggu diri?

Ini nasihat untuk diri, tapi kuolah agar dapat juga menjadi nasihat untuk orang yang memerlukan.



Wahai diri,

Jangan mudah luntur pabila dipana ujian. Jadilah dirimu sendiri. Pertahankan pendirianmu, tegakkan dasar yang goyah. Jangan diikutkan nafsu yang menjela!



Wahai diri,

Pertahankanlah maruahmu! Bersuaralah melalui doa. Bukan dengan cara yang tidak mendapat restu ALLAH. ALLAH kurniakan segalanya padamu. Jangan engkau jatuh atau rendahkan dirimu hanya semata-mata kerana dugaan yang engkau hadapi. Tahankanlah daripada melakukan apa yang boleh menjerumuskan dirimu ke lembah hina.

Jika engkau bertindak mengikut kata hatimu, dan ALLAH tidak juga memperkenankan caramu, kamu juga yang sia-sia. Jadi, apalah yang kamu dapat melainkan debu kekotoran yang melekat pada diri?



Oleh itu, dekatkanlah dirimu dengan Penciptamu. Gapai kasih sayang-Nya. Dapatkan keredhaan-Nya. Mungkin ada yang belum sempurna yang telah engkau perbuat, lantas Allah lambat memakbulkan doamu itu.

Atau..

Mungkin kerana ALLAH ingin membawa kamu kepada yang lebih baik lagi. Hanya Dia yang mengetahui. Jadi, letaklah pengharapan dan doa kepada Dia. Optimis lah pada ketentuan Dia!



Teruskan meminta pada-Nya, namun jangan selalu memandang jalan yang tidak terbuka padamu. Pandangkan juga pada jalan yang Dia telah bukakan padamu. Entah-entah di situlah letaknya jawapan, seandainya kita sedari..



“Berdoalah…kerana ia pergantungan jiwa, ketundukan hamba, keyakinan sepenuhnya pada pertolongan yang Esa!”



Kuharapkan nota ini menjadi pemangkin kepada hati yang luluh dan jiwa yang tertekan..
Bersabarlah wahai diri..
Penuhi diri dengan ilmu & kasih sayang ALLAH!

No comments:

Post a Comment