Tuesday, April 24

Sharing is Caring

Tentunya anda semua sudah sedia maklum dengan ubat paracetamol atau lebih popular dengan nama panadol ataupun ubat KK. Ubat ini selalunya kita ambil ketika kita sedang demam(antipyretic). Selain berfungsi sebagai ubat untuk melegakan demam, paracetamol juga digunakan sebagai ubat penahan sakit (analgesik, pain reliever)..
Dalam satu kajian yang dijalankan oleh para profesor di Universiti Kaherah, ubat paracetamol dikatakan sebagai ubat yang paling selamat digunakan, berbanding ubat-ubatan lain di pasaran..

Walaupun ia dikatakan ubat yang paling selamat, namun paracetamol tetap mempunyai kesan sampingan, lebih-lebih lagi kalau ianya di ambil dalam jumlah dos yang tinggi dan tanpa kawalan. Jadi, kalaulah ubat yang paling selamat pun tetap mempunyai kesan sampingan, apatah lagi ubat-ubatan yang lain. Oleh itu, elakkan dari mengambil sebarang ubat tanpa ada preskipsi yang sah daripada doktor anda..

Antara kesan-kesan sampingan akibat dari pengambilan jangka masa panjang ubat paracetamol ialah:-

1) Hepatotoxicity(rosak hati): Sekiranya orang dewasa mengambil paracetamol sebanyak 10 g atau lebih dalam sehari, atau 5 g atau lebih sekiranya diambil oleh kanak-kanak, ia boleh merosakkan hati dan boleh membawa maut. Mereka ini memerlukan rawatan N-acetylcysteine (NAC) dengan secepat mungkin. Manakala pengambilan setiap hari paracetamol dan juga secara berpanjangan pula walaupun hanya 4 g sehari sudah boleh menyebabkan toxicity dan juga maut.

Paracetamol juga tidak boleh diberikan kepada mereka yang mempunyai penyakit hati (liver failure). Perlu diingatkan juga bahawa jangan sekali-kali memberikan paracetamol kepada mereka meminum arak ataupun mengambil ubat phenobarbitol. Kedua-duanya ialah HME inducer, dan akan menyebabkan kesan buruk kepada hati akan berganda kemudian akan menyebabkan kegagalan hati untuk berfungsi.

2) Nefrotoxicity (rosak buah pinggang). Phenacetin iaitu struktur asal paracetamol boleh mengakibatkan penyakit fatal chronic interstitial nefritis

3) Methemoglobin dan haemolytic anaemia boleh terjadi kepada individu yang mempunyai penyakit G6PD deficiency

4) Allergic (sebahagian individu)

Nasihat:-Sekiranya anda perlukan paracetamol @ Panadol, pastikan anda tidak mempunyai penyakit hati, tidak mengambil alcohol, tidak mengambil ubat yang merosakkan hati seperti phenobarbitol dan juga tidak mengambil lebih daripada 10g sehari (dewasa) atau 5g (kanak-kanak). Jangan menggunakan paracetamol setiap hari secara berpanjangan..

 

::. Cara cepat redakan Demam ----> Mandi
::. "Sesungguhnya demam itu atau demam yg berat itu adalah berasal dari wap api jahanam.. Maka dinginkan la dengan Air".. (hadis riwayat Bukhari - Muslim)

::. Selamat beramal.. ^_~




Thursday, April 19

jrmj

                     i'm not single and
                     i'm not taken..

                     i'm simply on reserve
                     for the one who
                     deserves ma heart
                     because they say
                     gud things take time.. ^_~
                                           
::. Aku minta pada Allah seorang L.E.L.A.K.I yang setia dalam apa jua keadaan diriku.. kerana dalam apa jua keadaan, aku akan tetap mencintai dan melindungi dirinya.. Aku minta pada Allah jaga dirinya waktu ini sehingga dia dipertemukan dengan diriku pada satu masa yang tepat... Aku tunggu kamu untuk siang dan malam bersama sampai akhir hayat...amin.. >_<

Sunday, April 1

7 manfaat menangis untuk kesihatan



 1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titik mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan paras stress kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan hasil dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi-kan sistem metabolisme tubuh jika nak dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan daripada iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis karena emosi ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah anggap, kerana keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.

5. Mengurangkan stress
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh ddikenali sebagai endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Membangun komuniti

Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membangunkan sesebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan sahabat atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi seseorang.

7. Melegakan perasaan

Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun kita rasa bagai didera pelbagai macam masalah dan dugaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.
Setelah menangis, sistem badan seperti otak dan jantung akan menjadi lancar. Oleh itu, menangis akan membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran kita dengan menangis. Pasti lepas tu kita akan merasa sangat lega.


::. dop tau la betoi ke x kn fakta ni..but 4 me,somehow it works..so,others jgn malu jgn segan [if rase anda2 perlu tuk menangis,juz let it go..x kene bayo pn..hehehe]  :)

p/s : tuk kaum adam jgk..

Friday, March 30

♥ PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA ♥

[model ~ Uwais al-Qarni]

:: adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata..

* Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
....
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

* Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

* Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

* Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

* Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

* Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

* Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai [IBU]. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”

::  Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu..

Tuesday, March 20

Tertib Memotong Kuku....

Memotong kuku merupakan sunnah Nabi Sollallahualaihiwasallam. Ia termasuk di dalam fitrah. Sabda Rasulullah Sollahualahiwasallam:

عن أبي هريرة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال الفطرة خمس الاختتان والاستحداد وقص الشارب وتقليم الأظفار ونتف الإبط -رواه مسلم
Daripada Abu Hurairah Radiyallahuanhu, daripada Rasulullah Sollallahualaihiwasallam, Baginda bersabda "Fitrah itu lima: Berkhatan, mencukur bulu ari-ari, memotong misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak." (Riwayat Muslim)


Sekarang saya ingin berkongsi cara memotong kuku sebagaimana yg diajar oleh para ulama.

:: Bilakah sunat memotong kuku?

Disunatkan memotong kuku pada hari Isnin, Khamis dan pagi Jumaat. Setelah selesai, disunatkan membasuh jari. Disunatkan memulakan dengan memotong kuku jari tangan terlebih dahulu sebelum kuku jari kaki.

:: Cara potong kuku jari tangan

Pertama: Di sisi Imam Ghazali
Mulakan dengan tangan kanan. Mulakan dengan memotong kuku jari telunjuk hingga kelingking. Biarkan dahulu ibu jari. Terus berpindah ke tangan kiri. Mulakan dengan jari kelingking hingga ke ibu jari tangan. Kemudian barulah potong kuku ibu jari tangan kanan. Nak senang, tengok gambar!

Kedua: Di sisi Imam Nawawi.
Imam Nawawi menyebut cara ini di dalam kitabnya, Syarah Sohih Muslim ketika mensyarahkan hadith yg tertulis di atas. Hadith tersebut berada di dalam Kitab Thoharoh di bawah Bab Khisal Al-Fitrah. Kalau ada masa, rujuklah.

Mulakan dengan tangan kanan. Mulakan dengan kuku jari telunjuk hingga ke kelingking. Kemudian ibu jari. Berpindah ke tangan kiri. Mulakan dengan kelingking hingga ibu jari. Tengok gambar!


Ketiga: Di sisi Imam Ahmad
Mulakan dengan tangan kanan. Gunakan kaedah 'خوابس '. Kemudian gunakan kaedah ' أوخسب ' untuk tangan kiri. Huruf-huruf ini ialah permulaan kepada nama jari-jemari dalam bahasa Arab. Jadi potong kuku anda berdasarkan susunan huruf-huruf ini.

Saya terjemahkan nama jari-jemari dalam bahasa Arab ini ke dalam bahasa Malaysia mengikut susunan daripada ibu jari hingga kelingking untuk memudahkan anda.

إبهام (ibham) : Ibu jari

سبابة (sabbabah) : Jari telunjuk
وسطى (wusto) : Jari tengah

بنصر (binsir) : Jari manis

خنصر (khinsir) : Jari kelingking
Kaedah خوابس untuk jari tangan kanan ertinya: Mulakan dengan jari kelingking, tengah, ibu jari, manis dan telunjuk. Maknanya anda selang-selikannya.

Kaedah أوخسب untuk jari tangan kiri ertinya: Mulakan dengan ibu jari, tengah, kelingking, telunjuk dan akhir sekali jari manis. Maknanya anda selang-selikannya juga. Tengok gambar!

Imam Ahmad menyatakan bahawa sunat menggunakan tertib ini berdasarkan sebuah hadith. Hadith itu ada disebut di dalam Kitab Al-Mughni, karangan Ibnu Qudamah. Hadithnya,
من قص أظافره مخالفا لم ير في عينيه رمدا
"Sesiapa yg memotong kukunya secara 'mukholifan' tidak akan diserang penyakit mata."

Makna 'mukholifan' ialah seperti tertib yg disebutkan di atas atau seumpamanya.

:: Cara potong kuku jari kaki

Sebagaimana yg diajar oleh Imam Nawawi di dalam Syarah Sohih Muslim, setelah selesai potong kuku jari tangan maka barulah potong kuku jari kaki. Cara yg disebut oleh Imam Nawawi ialah:

Mulakan dengan jari kelingking kanan hinggalah ke kelingking kiri. Straight je! Sama seperti teknik menyelat jari kaki ketika berwuduk.

Monday, March 19

Kebaikan Pisang....



Zat yang terkandung dalam sebiji pisang ternyata sangat banyak. Pisang yang benar-benar masak lebih mudah dicerna dan gula buahnya telah berubah menjadi glukos semula jadi dan proses penyerapan serta peredarannya di dalam darah juga menjadi lebih cepat. Antara khasiat pisang yang lain:-

1. Sebagai sumber tenaga..

Pisang dapat dicerna dengan mudah, gula yang terkandung di dalamnya diubah menjadi sumber tenaga yang bertindak secara cepat dan berkesan. ia baik untuk pembentukan tubuh, fungsi otot dan sangat berkesan untuk menghilangkan penat.

2. Penderita anemia..

Pesakit anemia disarankan untuk menikmati 2 biji pisang setiap hari kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi.

3. Penyakit usus dan perut..

Pisang yang dicampurkan dengan susu cair dijadikan sebagai usaha untuk mengubati penyakit yang berkaitan dengan usus. Selain itu ia juga disarankan untuk pesakit yang mengalami masalah sakit perut dan angin demi menyeimbangkan semula jumlah asid dalam perut.

4. Mengubati luka akibat terbakar..

Daun pisang juga boleh digunakan untuk mengubati kulit yang terbakar dengan cara menyapu campuran abu daun pisang yang telah dicampurkan dengan minyak kelapa. ia mempunyai kesan yang menyejukkan kepada kulit.

5. Kecantikan wajah..

Pisang yang telah dihancurkan dan dicampurkan pula dengan sedikit susu serta madu boleh disapukan pada wajah setiap hari secara rutin selama 30-40 minit. Kemudian basuh wajah kamu dengan air suam dan diikuti dengan membilasnya mengggunakan air sejuk atau ais. jika ingin melihat keberkesanannnya, lakukannya selama 15 hari berturut-turut.

6. Atur berat badan..

Pisang juga mempunyai peranan dalam penurunan dan penambahan berat badan. kamu boleh menurunkan berat badan dengan mengamalkan pengambilan 4 biji pisang dan 4 gelas susu tanpa lemak atau susu cair setiap hari. jumlah kalori yang terkandung dalam menu tersebut hanyalah sejumlah 1250 kalori sahaja. malah menu ini juga memang sangat menyihatkan.

7. Kecantikan semula jadi..

Selain itu, diet dengan buah pisang juga boleh menjadikan kulit wajah kamu tidak berminyak dan bersih. Dengan menikmati segelas ‘banana milk-shake’ yang dicampurkan dengan madu, buah-buahan, kacang dan mangga setiap kali selepas makan ia boleh membantu menambahkan berat badan. bagi kamu yang berhasrat untuk menambah berat badan, kamu boleh cuba resepi ini.

8. Menambah nafsu makan..

Nikmati 2 biji pisang berserta satu sudu besar madu untuk menambah nafsu makan dan menguatkan kembali tenaga.